..my blog is my unedited version of myself...


Friday, November 26, 2010

Ultraman Tak Tahu Berlawan

Aku adalah peminat Ultraman sejak kecil. Bila diperhatikan, Ultraman dah bercucu-cicit dah sekarang, sampaikan aku pun dah lupa dah berapa jenerasi dah sekarang keturunan Ultraman ni, Ultraman sekarang pun dah canggih-canggih, tak macam dahulu, tapi Ultraman sekarang pun pandai buat lawak....




Video: RaphaelPinHead

Thursday, November 25, 2010

Ratusan Mati di Festival Air Di Kemboja

Sekurang-kurangnya 345 orang mati dan ramai yang tercedera di sebuah jambatan yang menghubungkan Phnom Penh dengan Diamond Island ketika berjuta-juta penduduk memenuhi jalan-jalan di bandar raya ini bagi menyambut Festival Air di Kemboja. Kekecohan bermula apabila terdapat khabar angin akan lintas pintas berlaku di kawasan tersebut dan kepanikan tersebut menyebabkan orang ramai berpusu-pusu hendak meninggalkan jambatan tersebut. Rasa ngeri apabila melihat mayat-mayat dalam gambar di pijak dan dirempuh. Mata terbuka pulak tuh! 

Dalam gambar ni kelihatan orang ramai berasak-asak merempuhi mayat-mayat. 



Barang-barang yang tertinggal oleh pengunjung.

P/s: Manusia akan menjadi kejam dan memetingkan diri apabila terdesak.

Sumber asal: telegraph.co.uk

Cara Penggunaan Yang Salah

Haha... :P





.. hahaha

Sumber asal: do-while.com

Aku pilih KLCC Dowh!

Walaupun kisah pasal video ni dah lama tapi aku nak komen sikit untuk pengajaran bersama. Apabila pertama kali melihat video remaja Melayu bercium di khalayak ramai, aku terbayangkan apa perasaan mereka apabila mengetahui video mereka ini ditonton oleh 1Malaysia malah seluruh dunia. Adakah mereka berasa bangga kerana mereka merasakan mereka moden (dengan bercium)? Adakah mereka tidak berasa malu atas kelakuan mereka itu lebih-lebih lagi kepada ibubapa mereka? Cuba bayangkan wajah ibubapa kita, apabila mendapat tahu akan kelakuan anaknya, bagaimana mereka hendak berhadapan dengan masyarakat, jiran tetangga dan saudara-saudara yang memperkatakan mengenai anak mereka itu. Aku memang sedih Melayu sekarang ini terikut-ikut dengan orang barat, mereka perlu sedar bahawa tak kesemua sikap dan tatasusila yang berasal dari barat itu baik. Lebih-lebih lagi pelakunya adalah Muslim. Apakah yang akan diperkatakan oleh golongan non-muslim apabila melihat perkara ini berlaku kepada Muslim itu sendiri, sebab itu agama kita seringkali dijadikan contoh bagi yang tidak baik. Remaja sekarang melihat bahawa barat itu maju, maka mereka menganggap bahawa segala yang berasal dari sana itu perlu diikuti. Janganlah anggap semua perkara Malaysia Boleh!.

Atas menjaga keaiban mereka berdua, video 18sx itu tidak akan dipaparkan. 




Hitler pun benci cium-cium


P/s: Wanita seringkali diumpamakan sebagai bunga kerana mereka mudah layu dengan pujukan. Manakala lelaki seringkali diumpamakan sebagai kumbang kerana sering merosakkan.


Sumber video: Fitrihadidotcom

Iklan Yang Tidak Kena Tempat

Anatidaephobia ialah salah satu ketakutan bahawa anda merasakan diperhatikan itik, dan aku rasa aku pernah mengalami fobia ini. Ini kerana pengalaman disudu itik/angsa sewaktu kecil memang mengejutkan. Sejak peristiwa disudu itik/angsa aku merasakan bila itik tu pandang aku seolah-olah hendak menyudu aku, tetapi kini fobia terhadap itik ini tidak lagi menghantui hidup aku. Tapi disini aku bukan nak ceritakan pasal anatidaephobia nih tetapi mengenai iklan yang dipamerkan tidak kena dengan tempat.



Ada pulak ad Aflac gambar itik...!

Sumber asal: somuchlol.com

Kutipan Filem 2 Alam

Siapa yang tak terkejut bila dikatakan filem ni bakal memecahkan panggung di Malaysia dan bakal mencapai kutipan sebanyak 40 juta! Bakal menciptakan sejarah Malaysia kerana salah satu filem Melayu abad ini kalau mencapai kutipan sebegitu. Namun setelah tayangan belangsung, respon daripada penonton amat mendukacitakan. Taktau nak cakap apa sebab aku pun belum tengok filem nih. Melainkan bila filem ni ditayangkan di siaran Rtm atau TV3 baru lah nanti aku tengok. Janganlah kamu semua kutuk-kutuk filem ni dan sila ambil yang positif dari filem ini.

Seperti kata salah satu komen youtube bagi video di bawah ni, "berilah galakan pada Dr Rozmy untuk berjaya dalam bidang perfileman...mana lah tau dia ada bakat nak jadi Steven Speilberg ataupun John Woo Malaysia....kena cuba baru tau..." Bagi aku dia cakap nak hebat biarlah, tu mungkin strategi pemasaran dia.. 






Source: perekacerita

Gambar dan Kisahnya

Dua buah air pancut yang dipisahkan dengan air pancut yang jauh lebih besar dan lebih selesa untuk golongan kulit putih, manakala sebuah lagi air pancut yang kecil untuk golongan kulit hitam.

 Gambar dari rakaman video kanak-kanak berumur 12 tahun Muhammad al-Durrah dan ayahnya ditembak mati oleh Yahudi Zionis di Gaza. Adegan telah itu dirakam dengan kamera oleh dua orang warga Perancis.

Gambar seorang kanak-kanak Sudan yang kelaparan sambil diperhatikan oleh seekor burung hering ini telah diambil oleh Kevin Carter. Gambar ini memenangi Hadiah Pulitzer, tetapi Kevin Carter akhirnya membunuh diri tiga bulan selepas dia mengambil gambar tersebut.

World Press Photo of the Year: 1980 oleh Wells Mike. Gambar memaparkan kanak-kanak dan seorang mubaligh di Karamoja, Uganda. Mengenai gambar ini, Wells Berasa marah kerana syarikat penerbitan tidak menerbitkan gambar ini selama lima bulan sebaliknya dimasukkan ke dalam pertandingan. Dia malu untuk menang kerana dia tidak pernah berniat untuk memasuki pertandingan, dan dia merasa tidak patut memenangi hadiah dengan gambar orang yang hendak nak mati kelaparan.

Gambar Yahudi Vinnitsa Terakhir ini telah diambil oleh seorang askar Einsatzgruppen sebagai koleksi peribadi. Dalam gambar tesebut menunjukkan askar Einsatzgruppen hendak menembak seorang Yahudi yang sedang berlutut di depan sebuah kubur beramai-ramai di Vinnitsa, Ukraine, dalam tahun 1941. Seramai 28,000 orang Yahudi dari Vinnitsa dan sekitarnya dibunuh pada waktu itu.


Evolusi Batman

Ketika kecil, aku sungguh kagum dengan watak-watak superhero. Boleh dikatakankan aku peminat superhero-superhero ini. Salah satunya ialah superhero batman. Setanding dengan peredaran zaman, peningkatan kemajuan dan inovatif, superhero ini turut mengalami evolusi, walaupun aku tidak mempercayai teori ciptaan Darwin, tetapi aku boleh menerima evolusi terjadi kepada manusia kelawar ini. 



Source: mgid.com

Cara Menggunakan Lif Tanpa Perlu Berhenti Pada Tingkat-tingkat Yang Lain

Pengalaman ketika diganggu oleh orang asing ketika berada didalam lif mungkin merupakan suatu trauma bagi mereka yang pernah menghadapinya khususnya bagi golongan wanita umumnya. Tetapi kini bagi golongan wanita yang takut akan situasi diganggu oleh orang yang tidak dikenali, cara ini mungkin boleh membantu anda. 



  1. Tekan butang pintu tutup hingga pintu tertutup dan jangan lepaskan butang tersebut.
  2. Pilih tingkat yang anda mahu, tekan dan jangan lepaskan kedua-dua butang tersebut sehingga lif bergerak.
  3. Lif akan terus ke tingkat yang anda pilih tanpa berhenti pada-pada mana-mana tingkat.
P/s: Bagi mereka yang terlambat untuk sampai ke pejabat juga boleh menggunakan cara ini :)

Source: lolsnaps.com

Kenapa DVD Original Tidak Laku?

Kenapa DVD original tidak mendapat sambutan di kalangan pengguna rakyat Malaysia? Selain  harga DVD pirate yang murah dan kualiti yang baik setanding dengan DVD yang original, apakah penyebab merudumnya penjualan DVD original ini? Di bawah ini mungkin juga sebab orang ramai lebih suka memilih yang pirate.






Sumber asal: techdirt.com

Disebalik Pakaian








Source: barnorama.com

Cinta Itu Milik Semua

Cinta itu milik semua, tanpa mengenal pangkat, harta dan paras rupa. Cuma kita sahaja yang perlu bersedia untuk menerimanya. Sekiranya kita dekat dengan seseorang, otak memutuskan kita perlu memilih hatinya, bukan luarannya. 











Villa Bulan

Projek ini dicadangkan dibina di sekitar 40 batu sebelah utara Auckland, New Zealand yang diberi nama Mahin.
Mahina atau dalam bahasa Mouri bermaksud bulan merupakan salah satu projek yang dicadangkan oleh Weber Consulting yang pada awalnya dirancang untuk didirikan di Pulau Kawau relatif yang tidak berpenghuni namun atas kontroversi yang timbul, cadangan itu dimansuhkan.
Apa yang boleh dikatakan, design villa ini sungguh menarik dan, dengan kedudukannya (bilik tidur, ruang tamu, bilik air) kesemuanya menghadap laut dan dinding-dindingnya digantikan dengan penggunaan glass (glass wall), malah wall bilik air pun guna glass. Dengan keluasan 827 meter persegi, rumah ini memiliki kolam renang, ruang tanaman dan dilengkapi dengan "massa terma" untuk menetapkan suhu dalaman villa tersebut.






Video Mahira:








Sumber Asal:home-designing.com

10 Bangunan-Bangunan Yang Mengagumkan Pada Masa Hadapan!

Semakin maju inovasi manusia semakin banyak benda yang sungguh mengagumkan yang akan berlaku. Begitulah juga bagaimana pada masa hadapan dunia kita ini akan dihiasi dengan 10 bangunan yang mengagumkan!

Dragonfly Vertical Farm
Bangunan pertanian yang direka oleh arkitek Vincent Callebaut merupakan bangunan pencakar langit yang bakal menghiasi bandaraya New York pada masa hadapan. Dengan meliputi 132 tingkat, 2.000 struktur kaki-tinggi (mirip sayap pepatung) akan mengandungi tempat tinggal, pejabat, tempat pertanian dan ladang ternakan. Ehmm.. mcm tak logik..





Singapore Pavilion-World Expo 2010
Bangunan luar biasa ini direka oleh Desingn Act. Malaysia bila lagi nak ada bangunan macam ni eh?



Abu Dhabi Performing Art
Abu Dhabi Performing Art  atau lebih dikenali sebagai Zaha Hadid's Performing Arts Centre sempena nama arkitek bangunan ini merupakan sebahagian projek bilion dolar di Abu Dhabi (pak arab ni banyak membazir bina bangunan-bangunan). Hadid selaku arkitek bangunan ini menjelaskan struktur bangunan ini sebagai "analogi biologi", dengan bahagian-bahagian cabang dan daun-seperti yang berubah dari reka bentuk abstrak ke dalam reka-bentuk  senibina.





Cybertecture Egg Mumbai, India
Bangunan telur ini direka oleh James Law Cybertecture International yang berkeluasan 32,000 meter persegi dan bakal menghiasi Mumbai, India. 






Skyscraper for Gazprom City, St. Petersburg



Cresent Hydropolis Underwater Resort
Resort yang sedang dibina di Dubai ini merupakan hotel mewah yang pertama  di dunia di bina di bawah laut. Pada masa hadapan,  untuk masuk ke 200 submarine suite ini, para tetamu akan tiba di sebuah stesen di darat, kemudian akan diangkut melalui kereta api ke kawasan utama hotel. Resort yang meliputi 1.1juta meter persegi akan merangkumi pusat membeli-belah, restoran, pawagam, dan sistem peluru berpandu pertahanan, dan semua ini terletak sedalam 60-kaki di bawah laut.




Sonjiang Hotel, China
Hotel lima bintang yang bakal dibina di kawasan bekas kuari Sonjiang China ini mempunyai  400 tempat tidur akan merangkumi kawasan awam di bawah air dan bilik selain itu hotel ini turut mempunyai pusat sukan ekstrim seperti rock climbing dan bungee jumping.







United Nations Memorial Space
Bangunan yang direka oleh ACME, salah sebuah firma arkitek, telah mereka bentuk sebuah bangunan berbentuk seperti sel kulit manusia sebagai memorial space di United Nations Peace Park





Vertical Village






Sumber asal: chilloutpoint.com



Bayi Hampir Mati Tersepit






Sumber asal: everydayfunnyfunny.com

Pencemaran




















Sumber asal:weirdexistence.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...