Walaupun kisah pasal video ni dah lama tapi aku nak komen sikit untuk pengajaran bersama. Apabila pertama kali melihat video remaja Melayu bercium di khalayak ramai, aku terbayangkan apa perasaan mereka apabila mengetahui video mereka ini ditonton oleh 1Malaysia malah seluruh dunia. Adakah mereka berasa bangga kerana mereka merasakan mereka moden (dengan bercium)? Adakah mereka tidak berasa malu atas kelakuan mereka itu lebih-lebih lagi kepada ibubapa mereka? Cuba bayangkan wajah ibubapa kita, apabila mendapat tahu akan kelakuan anaknya, bagaimana mereka hendak berhadapan dengan masyarakat, jiran tetangga dan saudara-saudara yang memperkatakan mengenai anak mereka itu. Aku memang sedih Melayu sekarang ini terikut-ikut dengan orang barat, mereka perlu sedar bahawa tak kesemua sikap dan tatasusila yang berasal dari barat itu baik. Lebih-lebih lagi pelakunya adalah Muslim. Apakah yang akan diperkatakan oleh golongan non-muslim apabila melihat perkara ini berlaku kepada Muslim itu sendiri, sebab itu agama kita seringkali dijadikan contoh bagi yang tidak baik. Remaja sekarang melihat bahawa barat itu maju, maka mereka menganggap bahawa segala yang berasal dari sana itu perlu diikuti. Janganlah anggap semua perkara Malaysia Boleh!.
Hitler pun benci cium-cium
P/s: Wanita seringkali diumpamakan sebagai bunga kerana mereka mudah layu dengan pujukan. Manakala lelaki seringkali diumpamakan sebagai kumbang kerana sering merosakkan.
Sumber video: Fitrihadidotcom
No comments:
Post a Comment