..my blog is my unedited version of myself...


Thursday, November 25, 2010

Gambar dan Kisahnya

Dua buah air pancut yang dipisahkan dengan air pancut yang jauh lebih besar dan lebih selesa untuk golongan kulit putih, manakala sebuah lagi air pancut yang kecil untuk golongan kulit hitam.

 Gambar dari rakaman video kanak-kanak berumur 12 tahun Muhammad al-Durrah dan ayahnya ditembak mati oleh Yahudi Zionis di Gaza. Adegan telah itu dirakam dengan kamera oleh dua orang warga Perancis.

Gambar seorang kanak-kanak Sudan yang kelaparan sambil diperhatikan oleh seekor burung hering ini telah diambil oleh Kevin Carter. Gambar ini memenangi Hadiah Pulitzer, tetapi Kevin Carter akhirnya membunuh diri tiga bulan selepas dia mengambil gambar tersebut.

World Press Photo of the Year: 1980 oleh Wells Mike. Gambar memaparkan kanak-kanak dan seorang mubaligh di Karamoja, Uganda. Mengenai gambar ini, Wells Berasa marah kerana syarikat penerbitan tidak menerbitkan gambar ini selama lima bulan sebaliknya dimasukkan ke dalam pertandingan. Dia malu untuk menang kerana dia tidak pernah berniat untuk memasuki pertandingan, dan dia merasa tidak patut memenangi hadiah dengan gambar orang yang hendak nak mati kelaparan.

Gambar Yahudi Vinnitsa Terakhir ini telah diambil oleh seorang askar Einsatzgruppen sebagai koleksi peribadi. Dalam gambar tesebut menunjukkan askar Einsatzgruppen hendak menembak seorang Yahudi yang sedang berlutut di depan sebuah kubur beramai-ramai di Vinnitsa, Ukraine, dalam tahun 1941. Seramai 28,000 orang Yahudi dari Vinnitsa dan sekitarnya dibunuh pada waktu itu.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...